Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1 atau lebih dikenali dengan nama singkatan SKIP 1 telah dibuka tanggal pada 2 September 2003. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Siap Guna Kategori B.
Pada asalnya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kulai 2 yang terletak di Jalan Pejabat Kerajaan Daerah Kulai. Ketika itu, sekolah ini masih menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Kulai 1. Apabila Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1 boleh memulakan operasinya, Sekolah Kebangsaan Kulai 2 telah diarahkan berpindah ke lokasi sekarang iaitu di Jalan Teratai 36/15, Taman Indahpura Kulai Johor. Sekolah ini telah memulakan operasinya dengan bilangan murid seramai 457 orang terdiri daripada 259 orang murid lelaki dan 192 orang murid perempuan. Sebanyak 12 buah kelas telah dibuka dibantu tenaga pengajar seramai 21 orang termasuk 5 orang guru sandaran serta 3 orang staf sokongan.